Tuesday, March 23, 2010

PENYAKIT POKOK & CARA PENGAWALAN PENYAKIT

PERTANIAN BERILMU
Nota Berkaitan Penyakit Pokok Dan Pengawalannya.
Oleh Doktor Pokok.


Maksud Penyakit

Bila pokok anda kelihatan berlainan dari keadaan biasa atau dari yang sepatutnya berkemungkinan besar ianya diserang penyakit.

Jenis Penyakit

a. Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kulat, virus atau bakteria atau oleh ketiga mikroorganisma ini secara sekaligus / berkumpulan.

b. Penyakit tidak berjangkit yang disebabkan oleh cuaca, kurang zat makanan , kurang air atau tanah masam dan lain lain sebab.

Kulat / Fungus

Kulat tidak ada klorofil. Oleh itu ia tak dapat buat makanan sendiri. Makanan didapati dari tumbuhan lain. Ini disebut sebagai parasit. Yang mendapat makanan dari pokok mati dipanggil safrofait.

Virus

Virus ialah makhluk yang amat seni / halus. Semua virus merupakan parasit. Virus tak boleh bergerak secara sendiri. Ia memerlukan pembawa dipanggil VEKTOR terdiri dari pelbagai serangga . Antaranya ialah aphid, thrips, lalat putih dan kutu hamama. Virus ini hidup pada bahagian mulut serangga.

Bakteria

Bakteria juga merupakan makhluk sangat halus tetapi lebih besar dari virus. Ianya juga sejenis parasit dan ada juga yang safrofait. Bakteria kurang menyebabkan penyakit pokok berbanding virus.

Kurang Zat Makanan

Pokok yang kurang zat makanan atau kurang zat makanan tertentu akan jadi tidak sehat dan mudah diserang penyakit. Padi yang kurang zat kalium, nitogen dan magnesium mudah diserang penyakit rintik perang.



Tanda Tanda Penyakit / Symptoms Pada Pokok

1. Perubahan Warna
- warna terutama daun bertukar dari warna biasa
- ini disebabkan samada oleh kulat, virus, bakteria atau kurang zat makanan

2 Shot Holes / Daun berlubang
- terdapat lubang2 kecil pada daun , keliling lubang tisu tisu mati
terdapat bintik2 yang tidak menentu bentuknya pada daun
- ini disebabkan oleh kulat
- contoh penyakit virus tomato pada cili
penyakit bintik perang pada padi

3 Layu
- tiba tiba pokok jadi layu ada yang sementara – penyebab kulat
ada yang kekal – penyebab bakteria
- contoh layu tomato disbbkan bakteria

4 Kering / Hawar / Necrosis
- sekumpulan sel sel pada pokok mati bewarna perang
- semua bahagian pokok boleh kena penyakit ini
- penyebab parasit
kurang zat makanan
- contoh penyakit leaf blight pada padi


5 Katek / Dwarfing
- pokok terbantut
- penyebab kurang zat makanan
parasit

6 Pertambahan Saiz
- organ organ pokok besar dari segi saiz & bentuk dari biasa
- penyebab parasit
- contoh penyakit common smut jagung di sbbksn kulat

7 Melepuh / Blister
- pembesaran dan penambahan bahagian daun – daun dan bewarna keputihan
- penyebab kulat
- contoh penyakit blister blight pokok teh



8 Mosaic / Bintik Daun
- daun bertukar warna dimana terdapat warna hijau tua, hijau muda
dan kuning bercampur-campur
- penyebab kulat yang dibawa oleh serangga / vektor
- contoh penyakit tomato mosaic pada cili

9 Gugur – daun / pucuk / bunga & buah gugur
- keadaan ini menunjukkan penyakit sudah teruk
- penyebab parasit & kekurangan zat
- contoh penyakit reput pangkal limau di sbbkan kulat

10 Karah
- terdapat bintik2 seperti gabus pada daun, ranting dan buah. Apabila gabus dibuang ia meninggalkan kesan luka.
- penyebab parasit
- contoh penyakit karah limau di sbbkan bakteria

11 Rosettes
- satu kumpulan daun berkumpul rapat rapat disebabkan ruasnya tidak mampu memanjang
- penyebab parasit
kurang zat makanan
- contoh kurang unsur zink pada jagung & teh

12 Daun bergulung & kerekot
- daun & pucuk bergulung dan kerekot
- penyebab parasit
- contoh kerekot daun cili disebabkan kulat

13 Permukaan kasar yang ganjil
- permukaan daun dan lain lain bahagian pokok kasar & kelihatan ganjil
- penyebab kulat & kesan kimia
- contoh penyakit scab pokok limau disebabkan kulat

14 Kecacatan buah & akar
- buah cacat / berkudis / busuk
- penyebab parasit
kurang zat makanan
- contoh antraknos buah cili disebabkan kulat

15 Tisu Reput / Rotting of tissues
- tisu disetengah organ pokok jadi reput dan busuk
- penyebab parasit
kurang unsur zat makanan
- contoh reput buah nenas disebabkan bakteria
CARA CARA MENGAWAL PENYAKIT

1 Gilirkan tanaman. Ini boleh mengurangkan mikroorgnisma perosak
2 Hapuskan rumpai yang menjadi perumah parasit
3 Gunakan baja yang baik pada waktu dan jumlah yang teratur. Lebih atau kurang baja memberi kesan buruk pada pokok.
4 Saliran sempurna
5 Membajak baki tanaman yang terdahulu
6 Guna biji benih yang baik dan sehat. Rendam biji benih dalam racun kulat & serangga sebelum disemai atau ditanam.
7 Guna klon yang tahan penyakit
8 Kawal serangga. Serangga bertindak sebagai PEMBAWA / VEKTOR virus, kulat & bakteria kepada pokok.
9 Cabut dan bakar mana mana pokok yang sakit. Jika tidak ia akan merebak dengan cepat.
10 Asingkan segera mana mana pokok yang sakit. Musnahkan selepas itu tak usah simpan.

KAWALAN KIMIA

1 Menyembur racun Kulat + Racun Serangga pada keseluruhan pokok dalam jarak jangka tertentu dan terancang

Racun kulat yang biasa digunakan : mankozeb / benlate / thiram / captan

2 Celup / dipping
- bahan tanaman / anak benih dicelup kedalam campuran racun kulat dan racun serangga sebelum ditanam
- contoh sulur nenas dicelup kedalam campuran bordeaux
untuk elak penyakit reput hati / heart rot

3 Mendebu / dusting
- racun kulat debu ditabur pada bahagian yang terkena penyakit
- contoh debu sulphur pada daun getah utk rawat powdery
Mildew

4 Mengecat
- bahagian yang kena serang dan kelilingnya disapu dengan bahn kimia untuk elak penykit merebak
- contoh racun Fylomax 90 untuk kawal penyakit merah / pink pd getah

5 Mengasap / Fumigating
- ini menggunakan gas methyl bromide spt yang diguna ditapak semaian tembakau



** next entri

KULAT & RACUN KULAT


Selamat bertani & mudah-mudahan berhasil tinggi
Salam Takzim dari ….GEMSTANI ..percaya kpd keajaiban ilmu

8 comments: