Friday, March 19, 2010

TANAMAN KARAS - UNTUK GAHARU

TANAMAN GAHARU ( POKOK KARAS )

Sekarang ini ramai orang berminat menanam gaharu ( sebenarnya pokok KARAS ). Betapa tidak gaharu boleh menjadikan saorang pengusaha itu menjadi jutawantani. Gaharu Gred A berharga RM 20,000.00 sekilogram manakala Gred E ( yang terendah ) dijual pada harga RM 3,000.00 sekilogram ( Utusan M’sia – 19/3/10 ).

Guru saya pernah berkata kalau tak ada ilmu atau tiada kepakaran penginokulanan, tak payahlah tanam gaharu….nanti tergaru-garu katanya. Apa yang dikatakan guru saya itu memang benar kerana pokok karas yang mengeluarkan gaharu memerlukan proses yang disebut sebagai INOKULAN untuk penghasilan gaharu manakala gaharu yang dihasilkan perlu melalui proses tertentu dahulu sebelum boleh dijual pada harga yang disebutkan sebelum ini. Ianya tidak macam tanaman sawit, tanam, jaga dan jual buah.

Bagi mereka yang berminat dan berhajat untuk menanam pokok KARAS untuk penghasilan gaharu ENTRI Gemstani kali ini memetik 2 rencana MEGA Utusan Malaysia keluaran 19hb Mac 2010 untuk dijadikan renungan sebelum membuat pelaburan. Muga entri ini memberi manafaat kepada pembaca.

RENCANA SATU – GAHARU JANA JUTAWAN
Oleh Ashriq Fahmi Ahmad MEGA Utusan Malaysia.
Disalin semula oleh GEMSTANI.


Apa Yang Dikatakan Sebagai Gaharu.

Gaharu merupakan sejenis kayu dengan pelbagai bentuk jaluran warna khas serta memilikki kandungn DAMAR WANGIAN berupa aloe resin yang akan mengeluarkan bau atau aroma khusus apabila dibakar. Ia sangat terkenal dinegara negara Arab dan sudah ala diperdagangkan kerana sering digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi, produk perubatan dan majlis keagamaan.

Berasal dari perkataan Sanskrit AGURU yang bermaksud kayu berat / tenggelam ia juga lebih dikenal sebagai agarwood, aloewood, eagleswood, jin-ko ( jepun ) dan oud ( arab ).

Gaharu diperoleh daripada sejenis pokok dikenali sebagai KARAS ( Aquilaria spp ) yang telah disenaraikan sebagai spesies yang sedang pupus oleh CITES kerana penuaian melampau dihabitat asalnya.




Industri Gaharu Memerlukan Ilmu Teknologi Penghasilan

Harga bagi gred tinggi mampu mencecah puluhan ribu RM dan kini ia menjadi satu fenomena dikalangan masyarakat apabila mereka mula menanamnya dengan harapan ia mampu memberi pulangan yang sangat lumayan. ( dan menjadikan mereka jutawan – gemstani )

Namun apa yang menjadi isu pada hari ini adalah pokok duit bakal jutawan segera itu tidak memberikan hasil ( seperti ) yang dihajatkan itu. Ramai yang kecewa dan menganggap ia merupakan perushaan sia sia - tidak seperti yang diwar-warkan.

Namun rata rata penanam karas mempunyai pengalaman yang cetek atau tiada pengalaman langsung berkaitan penghasilan gaharu daripada pokok karas ini. Fenomena tersebut cuma berlegar dikalangan pengusaha dan hanya disampaikan dari muluit ke mulut tanpa melibatkan kajian terhadap proses penanaman serta tuaian secara mendalam.

Oleh itu bagi pengusaha serta penanam gaharu yang benar-benar mahukan pulangan lumayan perlulah mengkaji secara teliti segala prosedur sebelum melabur. Terlalu banyak mitos dan pendapat mengenainya. Ada yang mengatakan ia lebih bernilai daripada emas dan ini membuatkan ramai orang tergila-gilakan hasil pokok ini ( dan secara gila gila juga mula menanam pokok karas ini- gemstani - saorang kawan gemstani membelanjakan RM 130,000.00 dari wang epf bersaranya menyeludup 3,000 benih pokok karas dari Burma melalui Thailand – dan kawan itu kini sedang merana – sedang tergaru-garu )

Malaysia tidak mampu lagi menjadi pengeksport gaharu kepasaran dunia kerana sumber asli didalm hutan sudah pupus. Usaha perladangan karas / gaharu perlulah dimulakan. Dari segi ini Indonesia dan Thailand telah berada selangkah kedepan. Kita pula masih teragak-agak.

Kekurangan sumber maklumat tepat dan kekangan modal yang tinggi untuk dikomersilkan menyebabkan ia kurang mendapat perhatian usahawan Malaysia.
Sehubungan dengan itu agensi kerajaan yang berkitn perlulah memainkan pernn dalam menyaalurkan fakta lengkap dan perkembangan teknologi dalam usaha menjadikan ia sebagai industri berkembang pesat.

Kajian FRIM Telah Menghasilkan Teknologi Penghasilan Gaharu Secara CEPAT dan MURAH.

Penyelidikan dalam penghasilan gaharu melalui kaedah SUNTIKAN dan INOKULASI jsedang giat dijalankan. Antara agensi yang sedang giat menjalankan kajian ialah Institut Penyelidekn Perhutanan M’sia / FRIM bermula sejak awal 1990.

Komponen penyelidikan meliputi kajian seperti bahan tanaman, pertumbuhan, suntikan tiruan, kimia serta impak sosial ekonomi keatas penduduk tempatan. Timbalan Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Rashid Ab Malik berkata kini FRIM berjaya menyediakan teknik menghasilkan gaharu dengan lebih cepat dengan kos yang murah. “ Jika menanam gaharu secara biasa ia akan memakan masa yang panjang berbanding kaedah yang telah ditemui FRIM “ katanya.

Tambahnya lagi :-

a. Pokok gaharu pada usia 4 tahun sudah boleh melalui proses inokulasi dan setelah 2-3 tahun hasilnya sudah boleh diperolehi.

b. Bagi yang berminat boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada FRIM dan kita ( FRIM ) akan sentiasa menbantu

Teknik inokulasi sebenarnya agak mahal, namun atas usaha FRIM teknik menghasilkan gaharu boleh menjadi murah dan berkesan. Jelas Dr Rashid pengusaha gaharu kini tidak perlu bimbang kerana negara telah memilikki teknologi terkini untuk menghasilkan gaharu setanding dengan negara negara jiran. Industri Gaharu masih mempunyai peluang yang cerah berikutan permintaan antarabangsa yang tinggi.

Penggredan Gaharu.

Terdapat 7 kategori mutu gaharu. Untuk mendapatkan kayu yang bermutu tinggi terdapat 5 ciri utama yang perlu diberi keutamaan untuk memastikan kayu gaharu mencapai tahap berkualiti. Ia termasuklah corak atau warna pada kayu spt warna coklat kehitaman, kandungan damar wangi yang tinggi, berat dan penghasilan aroma yang kuat apabila dibakar. Berdasarkan ciri tersebut gaharu digredkan kepada gred A, B,C,D,E dan lain lain gred termasuk gaharu racik.

Harga gaharu semasa / sekilogram

Gred A Super RM 25,000.00
Gred A RM 20,000.00
Gred B RM 18,000.00
Gred C RM 15,000.00
Ged D RM 8,000.00
Gred E RM 3,000.00
Lain Lain RM 500.00 hingga RM 1,000.00
Gaharu Racik RM 5.00 hingga RM 100.00



Penghasilan Minyak Gaharu.

Ada 2 kaedah :-

a. Kaedah Penyulingan Stim

Kaedah penyulingan stim adalah yang paling efektif dengan menghasilkan minyak yang banyak. Proses dimulakan dengan mengisar kayu gaharu sehingga halus, kemudian direndam selama bebrapa hari hingga sel kayu / parenkima dan kelenjar minyak terasing.

Kepingan gaharu ini kemudiannya akan disuling didalam keladang clavenger selama 6 jam dan setiap peringkat penghasilan minyak yang berlainan warna akan diambil dan digredkan.

b. Kaedah Penyulingan Air.

Kaedah Penyulingan Air ialah kaedah yang paling mudah tetapi penghasilan minyak gaharu adalah pada tahap minimum. Kayu gaharu akan dimasak selama 4 – 5 hari sehingga minyak terhasil.

Link Info Gaharu.

1. nationalgaharu.blogspot.com
2. www.forr.upm.edu.my
3. www.introp.upm.edu.my


RENCANA DUA – TEKNIK PENANAMAN GAHARU
Dipetik dari MEGA Utusan M’sia – Dr Mohd Zin Jusoh.
Disalin semula oleh GEMSTANI.

Pokok Yang Bergaharu

Pada umumnya terdapat 2 spesies pokok yang menghasilkan gaharu iaitu pokok KARAS ( Aquilara spp ) dan CENDANA ( Gyrinops spp )

Bagaimana Gaharu Terjadi

Proses terjadinya gaharu apabila pokok yang mengalami luka atau diserang penyakit dan kulat yang menjangkiti pokok tersebut merebak kedalam jaringan pembuluh kayu / vessel. Untuk terus hidup kulat tersebut akan menggunakan cairan sel dalam saluran pokok sebagai sumber tenaganya atau makanannya secara perlahan2 sehingga menyebabkan kurang atau terhentinya penghantaran makanan kepada daun. Sel-sel yang isinya sudah dimakan oleh kulat akan membentuk suatu kumpulan sel mati pada jaringan pembuluh kayu. Hasil tindakbalas kimia dalam kayu tersebut akan menghasilkan RESIN atau DAMAR WANGI yang dinamakan GAHARU dan apabila dibakar mengeluarkan aromanya yang tersendiri.

Species Pokok Karas

Pokok karas yang mengeluarkan gaharu ialah dari spesies THYMELAECEAE. Dalam dunia ada 25 spesies Aquilaria.

Spesies Di-Malaysia

Ada 5 species utama :;

1. A. malaccensis
2. A. hirta
3. A. beccariana
4. A. rostrata
5. A. microcarpa

Spesies kurang dikenali :-

1. A. brachyanta
2. A. cumingiana
3. A. crassna

Tips dari Prof Dr Mohd Zin Jusuh –
Pensyarah Fizik Kayu Fakulti Perhutanan UPM

1. Faktor yang amat mustahak – pemilihan anak benih – jarak tanaman – kaedah penanaman - kaedah suntikan & pasaran.

2. Hasil boleh diperolehi selepas pokok berumur 7 tahun.

3. Terdapat macam macam dakwaan berkaitan spesies yang lebih baik .. fakta yang perlu diberi perhatian ialah kos anak benih dan kecepatan membesar. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat biasanya menghasilkan gaharu YANG SEDIKIT berbanding pokok yang sakit – stress dan cedera. Didalam hutan pokok dikawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan menghasilkan gaharu yang lebih bermutu.



4. Pokok karas memerlukan habitat yang unik berbanding pokok lain.

5. Spesies Aquilaria malaccensis merupakan spesies yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

6. Jarak tanaman yang disyorkan = 6 kaki x 6 kaki ( 1000 pokok / ekar ) atau 10 kaki x 10 kaki ( 430 pokok / ekar )

7. Tanaman berintegrasi dengan tanaman lain seperti herba, tanaman kontan memerlukan jarak yang bersesuaian dan amat digalakkan untuk mengimbangi kos.

8. Suntikan Enzim – setelah berusia 5 tahun suntikan sejenis enzim PERLU dilakukan untuk meransang penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil optimum. Dalam keadaan semulajadi ( dalam hutan ) gaharu terbentuk apabila pokok karas berusia 20 – 40 tahun melalui kecederaan fizikal atau serangan mikroorganisma.

9. Kesesuaian :-

i. sesuai ditanam ditanah datar / rata atau berbukit sehingga 750meter diatas dasar laut

ii. purata hujan – kurang dari 2000 sm setahun

iii. suhu antara 27 – 32 darjah celsius

iv. pH tanah – dari tanah jenis lempung dan liat berpasir pH antara 4 hingga 6 pH

10. Lain Lain

a. tanaman secara monokultur – jarak tanaman 3m x 3 m populasi pokok 1000 hga 1300 / ha. Jika ditanam pada jarak 2m x 2m – populasi pokok antara 1600 – 1700 / ha.

b. tanaman secara selingan dengan pokok getah, sawit, kopi, akasia dll. Syarat tanaman utama telah berumur 5 – 8 tahun.

*** Tanah Getah Ditanam Dengan Karas Burma 2000 Pokok Di-Gemas NSDK Untuk Dijual – RM 250,000.00 Hubungi 019 – 2067227.

No comments:

Post a Comment