Monday, April 5, 2010

JAMBU EPAL MUAR SAYA SEDANG BERBUAH LEBAT

Saya ada sebatang pokok jambu madu epal klon muar berumur l.k 5 - 6 tahun dibelakang rumah...

Sekarang ini pokok jambu itu sedang berbuah lebat. Kali terakhir ia berbuah ialah pada bulan Januari lalu. Tetapi buah yang sudah dibungkus banyak gugur sebab ketika itu musim selalu hujan. Prof Dr Muhamad Zakaria pakar phyto-kimia , Fakulti Bio-Sains Universiti Malaya ada datang bertandang kerumah. Saya tanya dia apa nak buat...dia kata pokok alami stress ..tak boleh buat apa apa.

Bulan Mac lalu, saya kata pada pokok saya , eloklah berbuah semula..dah lama tak berbuah dah. Maka saya mulalah memberi makanan yang diperlukannya...atau saya mulakan kerja aruhan.

Untuk buat pokok berbunga, eloklah trim dulu pokok, buang dahan atau ranting sulur air..dan potong leader agar pokok jadi rendang. Eloklah juga dibuang dahan dahan yang arah kedalam agar putaran udara jadi baik.

Selepas itu berilah pokok makan ..baja yang mengandungi unsur P ( phosphate ) yang tinggi. Saya gunakan baja MTG 5/55/15 dimana unsur P-nya ialah 55%..saya bancuh 30 gram dalam 20 liter air dan siramkan keliling pokok sebanyak 10 liter sehari selama 14 hari..baja ni susah nak dapat..kalau sesiapa berminat sms ke nombor 019-2067227 ya. Kalau nak benih saya pun ada sikit ...

Saya juga sembur baja penggalak bunga dan pencambah pucuk..baja bajanya ialah pertama Goemar Pholiphos ( dari france ) .sikit saja 30 ml + 20 liter air + miracle sweet - 20 ml dan pelekat unifprm 10 ml....saya sembur baja ini sekali seminggu..Kalau ada yang minat saya boleh pesn baja ini dari guru saya.

Setelah 3 minggu...alhamdulillah bunga mula keluar...agak banyak juga...dan kini bunga telah menjadi putik buah..sebesar guli mainan ..dah saya bungkus dah.

Kerja seterusnya ialah bagimana nak besar, merahkan dan maniskan buah...ada cara2nya..belum lagi dibuat...dalam 2 minggu lagilah..

Saya kali ni nak belajar bagaimana pokok jambu saya boleh terus berbunga sambil berbuah setidak-tidak 3 peringkat ...nak cubalah ni...mudah2an Allah izinkan dengan IlmuNya jua pastinya..

Didepan rumah saya , ada 2 pokok jambu madu siam - Tab Bi Chan yang baru berumur satu setengah tahun...saya sedang urus pembajaan untuk pokok ini..berbunga & berbuah...dah buat kali pertama ..tapi gagal ..silap saya juga..tak ikut kata guru...nak cuba sendiri konon..kali ini buat apa yg guru saya nasihatkan....insyaAllah akan berjaya juga akhirnya.

Salam Takzim dari.....
GEMSTANI.
5/4/2010